AgriTekMas

Go to content

Main menu:

KAMI BERUSAHA KERAS UNTUK MEMBEKALKAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT DAN BAJA BERKUALITI.

KAMI SENTIASA BERTERUSAN MEMASTIKAN KUALITI PADA TAHAP PREMIUM TINGGI PADA SETIAP PERKHIDMATAN KAMI.

KAMI BERJANJI UNTUK MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI TINGGI DAN MEMASTIKAN PELANGGAN KAMI AMAT BERPUAS HATI.

SEJARAH RINGKAS

Ditubuhkan pada 2008, NR SOLUTION SDN.BHD (Dulu dikenali sebagai NR Solution Resources, dengan reputasi tinggi membekal anak benih kelapa sawit, baja, alatan pertanian dan juga menyediakan pengangkutan serta jentera pertanian. Untuk benih kelapa sawit, kami menyediakan dan menyemai anak benih kelapa sawit dari biji benih kelapa sawit berkualiti tinggi dari pengeluar biji benih sawit terkemuka di Malaysia. Begitu juga di sector baja, kami juga membekal pelbagai jenis baja sebatian NPK dan baja bio-organik dari pelbagai pengilang baja. Untuk mengekalkan kualiti premium tinggi, kami di sini sentiasa mematuhi serta mematuhi peraturan dan guidelines yang di gubal oleh Malaysian Palm Oil Board serta pelbagai agensi agro pertanian.

Kami bekerjasama dengan pihak pengeluar biji benih/benih sawit dan pengilang baja secara berterusan untuk meningkatkan kualiti dan mengenal pasti penemuan teknologi terkini. Kami juga sentiasa mengukuti perkembangan terkini teknologi kultivasi terkini dari MPOB dan pengeluar biji benih sawit serta pengilang baja untuk membolehkan kami membantu penanam kelapa sawit, lading dan lading syarikat dengan cara yang lebih baik.

Kami juga telah membekal ratusan ribu hampir mencecah jutaan benih anak pokok sawit dan baja kepada peladang, estet dan syarikat perladangan di seluruh Malaysia setiap tahun. Untuk memenuhi permintaan pasaran, kami sentiasa memajukan perkhidmatan kami dan setiasa bekerjasama rapat dengan rangkaian kami. NR SOLUTION RESOURCES akan memberi komitmen untuk membekalkan kepada penanam, peladang, estet dan syarikat perladangan dengan perkhidmatan kami serta anak benih sawit dan baja pada kualiti premium yang terbaik.


POLISI KAMI

Melalui pengalaman luas kami dalam sektor kelapa sawit, kami dapati bahawa kualiti benih dan pembajaan yang akan menentukan hasil keluaran buah pokok kelapa sawit. Oleh sedemikian, kami hanya membekalkan benih kelapa sawit dan baja berkualiti tinggi dan pada tahap terbaik berbaloi dengan kos, serta dalam usaha untuk memupuk benih kelapa sawit yang berkualiti tinngi, membekal baja berpremium tinggi yang memberikan anda ketenangan fikiran dan hasil tuaian yang baik.

Oleh itu, kami mempunyai keperluan yang ketat untuk setiap proses penanaman dan mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan industry dan garis panduan yang ditetapkan oleh MPOB. Setiap anak benih adalah hasil daripada ketelitian usaha kami.

Setiap penanam mahukan pokok-pokok sawit berkualiti tinggi serta pembajaan yang terbaik kerana ini akan memberikan pulangan yang baik dan kehiduan yang lebih baik. Kami memahami keperluan dan harapan setiap pelanggan dan kami berjanji akan terus memupuk lebih benih kelapa sawit yang berkualiti tinggi dan memastikan pembekalan baja pada tahap terbaik dan premium tinggi, memastikan masa depan yang lebih baik untuk setiap penanam.

 
Copyright 2015. All rights reserved.
Back to content | Back to main menu